Welcome, visitor [ Register | Log In1whp icon

Post an Testimony Post an Ad

Ad Categories


KESELAMATAN. Sistem Penggera Rumah 2

3,125.00

Sistem Penggera Rumah 2 ialah sistem penggera tanpa wayar yang lengkap, berciri penuh dan boleh diubah-ubah yang memenuhi keperluan gaya hidup moden pengguna. Sistem yang tidak memerlukan pemasangan wayar dan kabel yang rumit, ia menawarkan perlindungan zon tanpa wayar 13 + 1 dan disokong oleh sistem pemantauan pengawasan 2 hala yang membolehkan pemantauan status penggera secara automatik. Imbasan pengawasan akan memeriksa semua zon yang dilindungi untuk memastikan segala-galanya berfungsi dengan sewajarnya. Jika ada mana-mana kawasan yang tidak selamat (cth. pintu tidak ditutup, pemancar rosak, bateri lemah, bekalan kuasa terputus, dll), sistem akan menunjukkannya dan memaklumkan pengguna.

Sistem terdiri daripada Panel Kawalan dengan pad kekunci terbina dalam untuk memudahkan pemprograman dan operasi sementara Sensor Getaran tanpa wayar dan Sesentuh Magnet menyediakan perlindungan pencerobohan asas. Sistem ini juga didatangkan dengan alat kawalan jauh untuk memudahkan lagi operasi. Di samping itu, Pengesan Inframerah Pasif (PIR) ditawarkan sebagai pilihan untuk perlindungan tambahan atau untuk menjadi pertahanan sekunder. Sistem juga boleh diaktifkan melalui telefon untuk menyambung dan memutuskan atau menghubungkannya ke mana-mana penyedia Sistem Pemantauan Berpusat (CMS).

Pakej penyelesaian keselamatan rumah semua dalam satu ini terdiri daripada:

• Panel Kawalan pusat 13 + 1 zon dengan siren teerbina dalam, Pendail Auto dan bateri sokongan (1 unit)
• Sesentuh Magnet dengan pemancar (3)
• Sensor Getaran dengan pemancar (3)
• Alat Kawalan Jauh (2)
• Kabel telefon (1)
• Pelekat Penggera Rumah (1)

Kod-239860

2011-05-24

Decorations & Gardens

Perak

NORHUDAWATI BINTI ROSLI

60193566710

norhudawatirosli@yahoo.com.my